Terengganu Wedding Photographer, Johor Wedding Photographer, Fotokahwin.com. Foto Perkahwinan, Jurufoto Perkahwinan, Jurugambar Perkahwinan, Malaysia Wedding Photographer

By: fotokahwin fotografi perkahwinan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Oct-2007 17:54 Email | Share | Bookmark
Ada apa raya dengan fotokahwin... ?

 


Salam.
Raya dah semakin dekat.. tinggal 2-3 hari aje lagi dari masa catatan ini ditaip dalam fotopages Fotokahwin. Selama hampir sebulan setelah free daripada sebarang event wedding (walaupun ada 2-3 job fashion show serta model studio shoot) tapi sepanjang Ramadhan ini Fotokahwin tak pernah lekang daripada melihat komputer. Cuba sedaya-upaya menyiapkan semua album yang "tertunggak", "terdahulu", "terkemudian" dan semua yang mesti disiapkan. Hingga kadang sampai tak sedar.. waktu sahur dah dekat... masih di komputer bersengkang mata melihat gambar yang berpuluh ribu yang melibatkan hampir 22 buah album...

Walaupun banyak album berjaya di"deliver" sebelum raya namun masih ada yang tak sempat diselesaikan... dengan masa yg terhad pada Fotokahwin serta kualiti yg perlu dikekalkan... kadang-kadang sampai nak demam pun ada rasanya tengok gambar. Masa yg diperlukan melihat gambar jauh lebih lama daripada 4 jam cover pengantin bersanding. Alhamdullilah kepada mereka yang dah terima album harap berpuas hati, kepada yang belum terima... kami amat berterima kasih kerana anda pelanggan kami yang sangat berperikemanusiaan dan memahami situasi kami.

Sebolehnya nak bagi semua sebelum raya... bagi tunjuk kat keluarga & saudara mara..
tapi niat kami tak dapat lengkap dengan kerja 2 tangan sahaja. Ada pelanggan yg prihatin yg telefon dan sms bagi kata semangat walaupun album mereka belum dapat....
terima kasih kami ucapkan.... terima kasih sangat-sangat.

Dan kalau ada tersalah silap, terkurang.. dan sebarang ketidakpuashatian anda (ex-customer) atau sesiapa jua diluar sana... kami mohon maaf dan ampun sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelma. Sepanjang dalam perniagaan sepenuh masa ini, sangatlah mencabar untuk mengekalkan prestasi ditahap ini. Apatah lagi inilah juga sumber pendapatan yg satu-satunya untuk kami meneruskan hidup. Terima kasih sekali lagi kepada anda dan khususnya pelanggan kami.

Masih ada album yg akan dideliver hingga hari Jumaat ini...
kerana kami cuba hingga ke hari akhir puasa...

Dari kalangan manusia yang tak lekang daripada kesilapan...
kami salah seorang dari manusia itu... maaf zahir dan batin, salam aidilfitri
kepada semua pelanggan kami diluar sana, kenalan, photographer-photographer
dan ahli keluarga yang jauh dan dekat.


Fotokahwin
Wsalam. Rushdi

kerjaya sebagai seorang jurufoto sepenuh masa bukanlah semudah
yang disangka pada masa kini... tahun ini raya kami keliling satu Malaysia kerana kampung jauh-jauh... selatan ke timur, timur ke utara, utara ke selatan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net